PUNCA pelakon Zamarul Hisham mengalami sesak nafas di set penggambaran drama di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Rabu lalu disebabkan serangan jantung.
Isterinya iaitu aktres Diana Rafar, 43, memaklumkan perkara itu selepas Zamarul selesai menjalani prosedur angiogram pada Jumaat.
“Selepas melakukan prosedur angiogram semalam (Jumaat), doktor mengesahkan punca Zamarul sesak nafas itu disebabkan serangan jantung,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Diana sering memaklumkan perkembangan terkini Zamarul di Instastory miliknya.