PELAKON Zamarul Hisham masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dikejarkan ke sebuah hospital di Negeri Sembilan pada malam Rabu akibat sesak nafas.
Isteri Zamarul yang juga aktres Diana Rafar memaklumkan dia masih menanti maklum balas daripada doktor berhubung masalah sebenar dihadapi suaminya.
Ini kerana kata Diana, Zamarul tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan malah seorang individu yang aktif.
Diana berkongsi keadaan Zamarul yang mengalami sesak nafas di lokasi penggambaran.