PENYANYI Dayang Nurfaizah menegaskan dia hanya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan apabila persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada malam Ahad lalu mendapat kritikan peminat.
Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, menyifatkan gangguan pada vokal adalah perkara normal buat penyanyi sepertinya dan keadaan itu malangnya berlaku pada acara besar seperti AJL.
Apatah lagi kata Dayang apabila seseorang penyanyi itu banyak menggunakan suara atau mengalami perasaan gementar yang memberi kesan kepada kualiti vokal.
Dayang berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang dirinya.