TENANG berdepan ujian, pelakon Ruhainies juga enggan ambil pusing apabila terus menerima kecaman pelbagai pihak yang terus melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya.
Bagi Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengambil langkah berdiam adalah yang terbaik untuk dilakukan agar tidak menimbulkan sebarang salah faham atau menghangatkan lagi perbalahan.
“Semua berhak untuk bercakap. Terpulang kepada mereka untuk kecam atau nak perli. Saya tidak akan melenting kerana enggan cetuskan pergaduhan. Saya mahu hidup tenang dan gembira.
Ruhainies mengharapkan segala ujian berakhir dengan baik.