BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.
Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan mayat adiknya ditemukan.
“Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian,†katanya kepada mStar.
Kakak sebak kenang pemergian Nidza.