BEKAS penyampai radio Ismahalil Hamzah berkongsi sepanjang dua tahun meringkuk dalam penjara banyak mengajarnya erti keinsafan malah mengambil peluang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Isma, 50, berkata, dalam tempoh itu juga dia berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali malah sering bertindak sebagai bilal apabila masuknya waktu solat.
“Di dalam sana (penjara) Alhamdulillah saya berpeluang jaga solat, laungkan azan setiap kali masuk waktu solat.