PELAKON Fazura memohon maaf kepada anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kerana tidak dapat menganjurkan sambutan ulang tahun kelahiran yang keempat secara besar-besaran pada tahun ini.
Meskipun tiada sambutan berkenaan, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, bagaimanapun berkata dia tetap menyayangi anak perempuannya itu sepenuh hati.
Malah Fazura berkata dia bersyukur kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang baik dan mengingatkan Fatima untuk sentiasa menghargai orang sekeliling yang menyayanginya.