PELAKON Trisha Ooi berdepan detik cemas apabila terkandas di kawasan tanah runtuh ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Janda Baik, Pahang.
Menurut Trisha atau Reqshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, dia bersama kru produksi terperangkap apabila tanah runtuh berlaku di sebuah jalan dari Genting Highlands.
Jelas Trisha, mereka berada di kawasan peranginan itu bagi menjalani penggambaran pada Khamis namun mengambil keputusan menginap di sana sebelum bergerak ke Janda Baik pada pagi Jumaat.