PROGRAM realiti nyanyian All Stars Gegar Vaganza (ASGV) siaran Astro Ria merupakan sebuah rancangan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila ditonton seramai 6.11 juta.
Jumlah itu berdasarkan kepada ukuran dibuat Kantar DTAM.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad berkata, program berkenaan juga kekal menjadi bualan hangat peminat atau disebut trending apabila tanda pagar atau hashtag #GegarVaganza mengungguli aplikasi X setiap minggu.
Persembahan pentas ASGV turut menjadi bualan di media sosial.