MEMEGANG status sebagai seorang suami, ramai dalam kalangan peminat mengharapkan agar aktor Shukri Yahaya sentiasa menjaga batas dalam lakonan terutama apabila bergandingan dengan pelakon wanita.
Lebih-lebih lagi selepas melihat penampilan isterinya iaitu Tya Adnan yang kini sudah berniqab.
Menerima baik setiap teguran diberi, Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 37, berkata dia menyedari tanggungjawab itu dan terus berdoa agar tidak melakukan sesuatu perkara secara berlebihan.
Shukri tahu jaga batas dalam lakonan.