PELAKON Sophia Albarakbah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen berbaur lucah dan hinaan kepadanya menerusi media sosial.
Menerima mesej keterlaluan daripada individu tidak dikenali, Sophia, 31, berkata dia sudah mengumpul bukti kiriman yang diterima dan bakal mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.
Sophia dedah terima banyak komen lucah dan hinaan di media sosial.