PERASAAN ingin pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri sudah tiada dalam diri pelakon dan usahawan Aeril Zafrel sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia.
Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, dia dan isteri Wawa Zainal sebaliknya lebih gemar meraikan Aidilfitri dengan bercuti ke luar negara bersama keluarga.
Jelasnya, kehilangan ibu bapa ketika usianya 16 tahun cukup berat malah sehingga ke hari ini dia masih terasa dengan pemergian mereka.