SEBUTAN kes penceraian yang bakal berlangsung pada pagi Rabu bakal menjadi hadiah bersempena ulang tahun kelahiran ke-58 pelakon Edika Yusof yang jatuh pada 22 April 2025.
Edika berkata, walaupun terkejut dengan tindakan isterinya iaitu Nor Hidayah memfailkan cerai terhadapnya namun dia reda dengan perkara itu.
“Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada kes sampai macam ini, kira final.
Edika reda dengan keputusan isteri.