MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Fahmi bagaimanapun berpendapat tindakan menyenarai hitam artis-artis berkenaan seakan sudah tidak relevan saat ini.
Tidak hanya itu, dia juga berpendapat tindakan tersebut pastinya akan menjejaskan periuk nasi pelakon yang terlibat.