PELAKON Rozita Che Wan tidak pernah jemu berkongsi kisah tentang pengalaman membesarkan anak-anaknya yang kini semakin menginjak dewasa.
Bagi Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 52, mendidik anak bukan sekadar memberi tumpuan kepada pelajaran semata-mata terutama untuk anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Tambah Che Ta, dia amat menekankan kepentingan menguasai kemahiran asas di dapur supaya Aaisyah mampu berdikari dan menjadi isteri serta ibu yang serba boleh pada masa hadapan.

Rozita mahu Aaisyah belajar berdikari pada usia muda.






