AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan pernah melupakan segala jasa dan kebaikan pelakon Bella Astillah yang selama ini memberikan sokongan terhadapnya.
Syed Saddiq, 32, berkata sepanjang enam bulan perkenalan mereka, dia terhutang budi dengan aktres berkenaan kerana sentiasa ada di sisi dan membuatkan dirinya gembira.
“Ramai yang tanya mana Bella. Saya rasa dia sedang berehat kerana tadi (Rabu) pun dia sentiasa bersama.
Bella (kanan) sentiasa memberikan sokongan terhadap Syed Saddiq.