PELAWAK Syaiful bersama adiknya iaitu Sharif daripada kumpulan Zero menamatkan teka-teki peminat apabila muncul sebagai peserta keenam yang berentap di pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3).
Pasangan duo berkenaan muncul di pentas FD3 selepas diumumkan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Izzue Islam pada minggu pertama program itu yang berlangsung pada malam Ahad.
Terkejut dengan kemunculan pasangan adik-beradik itu, penonton seakan-akan terdiam sebelum bersorak melihat kemunculan mereka di pentas.
Pasangan adik-beradik ini akan menunjukkan kebolehan mereka menyanyi.