PENYANYI Syafeek Ikhwan menjadi mangsa gangguan beberapa individu tidak dikenali menerusi laman sosial miliknya yang ada di antara mereka tanpa rasa malu memintanya melakukan perbuatan sumbang.
Malah kata Syafeek atau Muhammad Syafek Ikhwan Ghazali, 35, ada segelintir sanggup membayarnya dengan jumlah wang yang banyak demi mendapat perhatian daripadanya.
Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi, seorang individu secara berterusan menggangunya dengan menghantar pelbagai mesej termasuk berbaur gangguan seksual terhadapnya.