PERSONALITI media sosial Siti Jamumall berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor pada malam Ahad.
Menurut abangnya iaitu Nizam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34, kemalangan itu dipercayai berpunca kegagalan sistem brek pada kenderaan berkenaan.
Kata Nizam, Siti yang menunggang sendirian meminjam motosikal daripada pembantu peribadinya (PA) disebabkan kereta miliknya ditenggelami air banjir baru-baru ini.
Siti kini dirawat di hospital swasta di Shah Alam, Selangor.