PENGARAH muzik Datuk Ramli MS menyelar tindakan beberapa peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menggunakan alasan masalah monitor telinga tidak berfungsi punca gagal memberikan persembahan dengan baik.
Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 56, berkata, sebagai penyanyi berpengalaman mereka sepatutnya mengetahui cara mengatasi masalah tersebut.
“Bila kata ear monitor bermasalah, saya tidak cakap itu alasan. Kalau betul bermasalah, awak sudah menyanyi berapa puluh tahun? Ada cara mengawalnya.
Tok Ram mahu peserta atasi masalah dengan profesional.