BUKAN mudah untuk melalui fasa kehamilan, penyanyi Shila Amzah berkongsi mengalami kegelisahan dan kebimbangan melampau atau anxiety sepanjang tempoh berbadan dua.
Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, sudah empat hari dia tidak dapat tidur nyenyak gara-gara perubahan emosi dialaminya.
Kata Shila, dia tidak mahu trauma kisah silam yang dilaluinya sebelum ini terus menghantui diri, sebaliknya berazam ingin menjadi isteri dan ibu yang sihat.
Shila berkongsi foto sedang hamil anak kedua.