PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pengacara Elly Mazlein ingin memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada masyarakat Palestin.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, dia bersyukur apabila ada rakan artis prihatin terhadap nasib menimpa umat Islam di bumi bergolak itu.
“Syukur Alhamdulillah, terharu saya bila rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein sudi menyumbang untuk Gaza… Saya doakan semoga Elly bertambah murah rezeki,” katanya.
Perbualan antara Elly dan Siti yang dikongsi menerusi Instastory.