PELAWAK Shuk Sahar membidas kenyataan Man Raja Lawak yang mendakwa dia bersikap sombong ketika namanya berada di puncak populariti.
Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, sebaliknya berasa musykil dengan tuduhan tersebut memandangkan hubungan mereka tidak rapat.
Malah jelas Shuk dia tidak berubah sikap selepas namanya ‘jatuh’ malah tidak pernah meminta bantuan daripada Man biarpun sedang berdepan kesempitan hidup.