TATKALA sibuk menguruskan perniagaan, pelakon Shakilla Khoriri tersentuh apabila anaknya iaitu Ameena Sofia begitu memahami melihat pengorbanan dan penat lelahnya dalam mencari rezeki.
Meskipun sedang minggu cuti persekolahan, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata Ameena sanggup bangun pagi untuk menemani dan membantunya di kedai.
“Budak kecil ni (Ameena) cuti sekolah masih bangun awal. Semalam saya cakap, esok Umi (panggilan Shakilla) pergi kedai sebab ada banyak kerja nak buat.
Shakilla mahu memberikan kebahagiaan buat Ameena (kanan).