Dengar Suria

Hiburan

Shakilla Khoriri dapat hak penjagaan sementara anak, akan buat apa sahaja untuk Ameena

PELAKON Shakilla Khoriri bersyukur selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik untuk anaknya iaitu Ameena, 5, Sofia serta yakin dengan perancangan Allah untuk dia serta keluarga.

“Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ini pihak mahkamah dah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada umi Ameena.

size NP 1 - 2024-05-13T172528.560

Shakilla berkongsi berita itu melalui satu hantaran di Instagram miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%