SEPANJANG 21 tahun perkahwinan, penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan kali pertama dia melihat suaminya menangis adalah semasa pemergian ibu mentua pada 18 Mac lalu.
Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, berkata dia juga sebak apabila melihat suaminya, Buswani Abdillah merayu meminta agar arwah bertahan dan menunggunya pulang sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Saya tak pernah tengok dia menangis… tapi sejak kami di Madinah lagi, dia minta mak dia untuk tunggu sampai dia pulang.
Zarina berkongsi reaksi suaminya di Instagram.