HAMPIR setahun turun naik mahkamah, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali akhirnya berjaya mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak dengan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, memberitahu dia dan Shakilla telah melakukan perbincangan di luar mahkamah sebelum perkara itu ditetapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.
“Saya pernah katakan sebelum ini dalam kes hadanah melibatkan kami tiada istilah rebut anak. Kami telah capai kata persetujuan di mana hak jagaan diserahkan kepada bekas isteri.
Fizi mahukan yang terbaik buat Ameena.