PENYANYI rap Caprice meminta orang ramai mengabaikan perkongsian terbaharu usahawan Datuk Seri Vida yang tampil menasihatinya untuk berhenti daripada mendedahkan aib di media sosial.
Tidak ambil pusing teguran itu, malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, turut menulis ayat sindiran menyentuh mengenai isu Lavida Coin.
“Abaikan guys… kirim salam Lavida Coin sahaja dekat dia,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Selasa.
Caprice membalas nasihat Vida menerusi hantaran di Instastory miliknya.