SENIWATI Datuk Sarimah Ahmad meluahkan rasa kecewa apabila seorang penerbit tidak menepati janji bagi memulangkan pita asal empat filem hasil terbitannya yang disimpan sejak 36 tahun lalu.
Sarimah, 82, mendedahkan ketika itu dia terpaksa menyerahkan salinan asal pita berkenaan sebagai membayar hutang kepada penerbit yang enggan disebut namanya.
Katanya, empat tajuk pita filem dalam simpanan penerbit berkenan adalah Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak yang mempunyai kenangan tersendiri buatnya.
Sarimah mohon pita asal filemnya dikembalikan.