BERDEPAN kesukaran untuk bernafas akibat masalah sinus, pelakon Dazrin Kamarudin terpaksa menjalani pembedahan di bahagian hidung pada Isnin.
Kata Dazrin, 35, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan apabila dia tidak dapat bernafas seecara normal ketika sedang tidur.
Panik dengan situasi berkenaan, Dazrin berkata dia dan isterinya iaitu Nur Fazulin Razali segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dazrin sukar untuk bernafas akibat masalah sinus.