HASRAT penyanyi Shiha Zikir menerbangkan 200 drone di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian selepas mengambil kira faktor keselamatan penonton.
Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, idea itu sebagai membawa kelainan secara percaya persembahannya itu nanti akan menjadi sebutan orang ramai.
Bagaimanapun selepas perbincangan dilakukan dengan pihak produksi, dia akur apabila mengambil kira faktor keselamatan.
Shiha sedang cari idea baharu untuk persembahan AJL38 nanti.