USAHAWAN sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sama sekali tidak menyesal melakukan rawatan Allurion Intagastric Ballon yang merupakan salah satu prosedur untuk mengurangkan berat badan.
Berkongsi pengalaman melakukan rawatan kaedah belon gastrik itu, Iqbal, 30, mengakui prosedur berkenaan membuatkan dia berasa kurang selesa pada bahagian perut seperti sedang mengalami senggugut.
“Saya jenis tak senang turun berat badan dan apa yang mencabar selepas masukkan belon tu bila tidur macam ada bayi dalam perut, rasa tak selesa.
Iqbal memilih untuk melakukan prosedur telan belon di HUKM.