Dengar Suria

Hiburan

Rita Rudaini terima Anugerah Pingat Jasa Baik, hadiah istimewa sempena dua dekad dalam dunia seni

PELAKON Rita Rudaini Mokhtar, 49, melakar satu lagi detik manis dalam perjalanan seninya apabila menerima anugerah darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau pada Isnin, Rita menerima Pingat Jasa Baik (PJB), sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaiannya dalam bidang seni tanah air khususnya lakonan, selain usaha murninya terhadap aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan.

Rita, yang sudah berkecimpung dalam bidang seni hampir 28 tahun, dikenali sebagai antara pelakon wanita paling konsisten dan berprinsip dalam industri hiburan tanah air.

Rita menzahirkan setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/hiburan/rita-rudaini-terima-anugerah-pingat-jasa-baik-hadiah-istimewa-sempena-dua-dekad-dalam-dunia-seni