ANAK sulung kepada pelakon Rita Rudaini mencipta kejayaan apabila muncul johan acara larian 200 meter di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Sabak Bernam pada Khamis.
Lebih membanggakan, Airit Rayyan Rizqin, 15, turut berjaya mencipta rekod baharu dalam acara tersebut dengan cacatan masa 23.81 saat berbanding tahun lalu.
Berita gembira itu dikongsi Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, yang turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang Rayyan pada kejohanan tersebut.