KETIKA isu pelakon Ellie Suriaty dan Imran Bard hangat diperkatakan, aktres Rita Rudaini menganggap pempengaruh itu tiada adab ketika membuat permohonan maaf.
Malah kata Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, penggunaan perkataan ‘Makcik’ sebagai pengganti nama Ellie turut dianggap tidak sopan.
“Dia (Ellie) bukan makcik awak (Imran), lebih sopan kalau gunakan Puan, cara minta maaf pun tiada adab,” katanya.
Rita berkongsi pandangannya di Instastory.