MENJALANI kehidupan lebih tenang selepas bercerai, pelakon Bella Astillah menyifatkan perpisahan dengan bekas suami iaitu Aliff Aziz memberi hikmah buat dirinya.
Menurut Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia percaya setiap apa yang berlaku termasuklah kehadiran seseorang membawa sesuatu pengajaran dalam hidup.
“Sedikit perkongsian daripada saya, sebenarnya apa pun yang jadi dalam hidup kita terutama orang-orang yang pernah hadir, yang ada dalam hidup kita semuanya bersebab.
Bella kelihatan ceria di video yang dikongsikan di TikTok.