MENGGANTIKAN Datuk Jamal Abdillah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi Afieq Shazwan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab yang cukup besar.
Kata Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, dia juga merasakan tidak layak melaksanakan tugasan tersebut sehingga pernah meminta agar mencari penyanyi lain sebagai pasangan duet bersama Wany Hasrita.
“Apabila ada khabar angin Datuk Jamal menarik diri, nama saya mula disebut sebagai pengganti. Ketika itu saya sendiri rasa tidak layak dan minta cari pengganti lain malah saya cadangkan beberapa nama penyanyi untuk lagu itu.
Jamal umum tarik diri bertanding di AJL38.