PELAKON era 1980-an, Raja Ema menegaskan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan daripada wakil keluarga bekas suaminya, Sheqal, yang meminta dua anak mereka datang melawat penyanyi itu yang kini sedang dirawat di hospital.
Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 56, berkata, dia terkejut apabila timbul kenyataan di media mengenai harapan agar anak-anaknya, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah, melawat bapa mereka, sedangkan tiada sebarang komunikasi rasmi dibuat terhadap dirinya atau ahli keluarga terdekat sebelum ini.
“Setakat ini belum ada wakil keluarga Sheqal yang menghubungi untuk meminta anak-anak datang melawat. Jadi sebab itu saya terperanjat bila tiba-tiba timbul cerita minta anak-anak datang melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.
Raja Ema terkejut kisah anak-anak menjadi liputan.