PELAKON Puteri Sarah Liyana membuat kejutan apabila diumumkan antara selebriti yang bakal beraksi di pentas Muzikal Lawak Superstar musim keempat.
Tidak keseorangan, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bergabung dengan Mamak Puteh dan Ilham Abata pada pertandingan tersebut.
Bergabung membentuk kumpulan Gebu, penampilan Sarah dalam program tersebut dijangka menjadi tumpuan penonton yang menantikan aksinya membuat lawak.
Puteri Sarah diperkenalkan sebagai salah seorang peserta MLS4.