PELAKON Bell Ngasri memberitahu harga bagi mendapatkan perkhidmatannya meningkat sejak menyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Julai lalu.
Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, bagaimanapun menjelaskan bukan dia menukar harga tersebut sebaliknya diberikan sendiri oleh pihak produksi yang membuat tawaran lakonan kepadanya.
Meskipun tidak pernah terfikir menukar harga namun Bell berkata dia bersyukur apabila ramai mula menghargai bakatnya dengan menawarkan bayaran setimpal.