PELAKON dan pengacara Karl Shafek membuktikan serius dalam bidang fesyen apabila tampil dengan pertunjukan fesyen sepanjang 800 meter di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam Ahad.
Karl selaku pengasas dan pengarah kreatif Neonate Clothing Company berkata, acara itu adalah yang pertama seumpamanya menggunakan trek lumba di mana tetamu dapat menyaksikan model memperagakan koleksi terbaharu jenama itu seperti menonton lumba kereta Formula 1 atau MotoGP.
“Apa yang anda saksikan adalah hasil idea dan ‘kerja gila’ dari dua jenama ini. Saya boleh katakan ini adalah acara pertunjukan fesyen terbesar diilhamkan sepenuhnya oleh saya dan pasukan.
Karl teruja pertunjukan fesyen berjalan seperti dirancang.