BAKAL menunaikan umrah buat kali pertama, penyanyi dan komposer Ajai berkongsi kebimbangan sekiranya melakukan kesalahan sewaktu melakukan ibadah berkenaan.
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, berkata dia risau memikirkan mengenai segala larangan dan syarat yang perlu diambil kira bagi memastikan ibadah itu sah.
“Bila saya dapat tahu peluang menunaikan ibadah umrah, saya rasa gembira dan dalam masa yang sama takut.
Ajai terlalu memikirkan kesempurnaan untuk melakukan ibadah umrah.