BAKAL berentap di pentas Famili Duo musim ketiga (FD3) dalam keadaan diri sarat hamil lima bulan, penyanyi Tom memberitahu ia bukan satu isu besar buat dirinya.
Ini kerana kata Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, sebelum ini dia pernah menyanyi hampir 30 buah lagu untuk satu malam ketika sedang sarat hamil anak ketiganya.
“Saya pernah hamil dalam keadaan lebih teruk lagi… Masa itu masih status ibu tunggal dan saya kena menyanyi 25 ke 30 buah lagu di sebuah kelab malam!