PENYANYI Shiha Zikir pernah berdepan situasi ditegur seorang artis lelaki yang memperlekehkan bakatnya dalam industri seni.
Disebabkan kejadian itu kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, dia juga mengalami rasa kurang senang sehingga membuatkan dirinya lebih berhati-hati memilih rakan sekeliling.
“Saya tak ramai kawan artis. Mungkin sebab pernah terkena beberapa kejadian depan lain belakang lain. Bila di depan sangat baik, tetapi cakap belakang.

Shiha kongsi perjalanan jatuh bangun dalam dunia seni.






