PENERBIT filem Misteri Fraser 1910tidak menjemput pengarah filem tersebut, Shuhaimi Zulkefli, ke majlis tayangan perdana yang diadakan pada malam Rabu.
Menurut Amai Kamarudin dan Elani Aidid, keputusan itu dibuat berikutan kemelut yang masih belum selesai antara mereka selain inginmengelakkan suasana tegang sepanjang acara itu berlangsung.
“Kami hanya mengundang mereka yang mempunyai hubungan baik dengan kami. Dia satu-satunya yang kami tidak undang.
Hanya barisan pelakon sepertiSitiHariesa, Isyariana, Erry Putra, Josiah Hogandan penerbit diundang berkongsi pengalaman penggambaran.