PELAKON dan penyanyi Tamil tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassa, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 12.35 tengah hari.