DI mata peminat, penyanyi Mila Jirin dilihat sebagai seorang usahawanita berjaya dalam perniagaannya iaitu Bizzmila tanpa mengetahui sebenarnya terpaksa melalui jalan sukar dan penuh berliku.
Mengimbau kepayahan mencipta empayar, Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37, pernah dipandang serong ketika bertemu seorang pegawai bank untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000.
Kongsi Mila, individu berkenaan memberitahunya dia tidak boleh akan berjaya memandangkan perniagaan diceburinya iaitu berkaitan katering dan pengurusan perkahwinan adalah kelas ketiga.
Suami dan anak memberi kekuatan untuk Mila terus berjaya.