KEMBALI ramping selepas melakukan pembedahan bariatrik, timbul keinginan dalam diri pelakon Ieda Moin menyarung kembali pakaian lamanya yang kebanyakannya ketat.
Bagaimanapun kata Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 46, niat tersebut segera dibuang jauh kerana bimbang akan menimbulkan tanggapan buruk pada orang lain.
Malah dia juga amat berterima kasih kepada peminat yang sering menegur jika penampilanya keterlaluan dan tidak sesuai dengan imej sekarang.
Ieda anggap badan kurus selepas bariatrik sebagai satu bonus.