PENYANYI Khai Bahar hilang kata-kata apabila mendapat perkhabaran ibu tercinta pergi buat selamanya pada malam Selasa.
Apatah lagi tidak dapat menatap buat kali terakhir wajah ibu sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Berkongsi detik mendapat perkhabaran duka berkenaan, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata ketika itu dia sedang bercuti di Pulau Langkawi.
Khai bergegas pulang selepas mendapat berita pemergian ibu.