PENYANYI Linda Nanuwil tetap dengan pendirian untuk tidak memilih lelaki berstatus suami orang sebagai teman hidup meskipun pernah didekati golongan itu termasuk orang kenamaan.
Linda atau Norlinda Nanuwil, 39, bekata, dia tidak pernah terfikir menjalinkan hubungan cinta dengan golongan itu kerana memahami perasaan wanita yang tidak sanggup hidup bermadu.
“Ada lelaki berstatus suami orang ajak saya kahwin tapi maaf saya tak berminat sebab saya cuba letakkan diri dalam situasi itu dan saya tak rela dimadukan.